Tuesday 12 November 2013

lembu? cow? 黄牛? 가축? ماشية?

سم الله الرحمن الرحيم
assalamualaikum :)

ha memandangkan aku skang tengah belajar nutrition anthropology, maka ada baiknya aku cerita pasal food and culture.ni suggest dari lecturer aku lah suh cerita pasal kenapa indian tak makan daging lembu? ha bagus jugak en, yelah kalau dia tak suruh baca memang aku tak cari dan aku tak tau, ekekeke 


selama ni aku just anggap diaorang tak makan sebab lembu tu diaorang anggap ibu la mak la mother la mama la. tapi kenapa diaorang anggap macam tu kan? maka sila la baca  (ˆ⌣ˆ)ノ


lembu? cow? 黄牛? 가축? ماشية? 

Suatu perkara yang sepatutnya (ulang: sepatutnya) sudah diketahui masyarakat pelbagai kaum dan agama di negara bertuah ini adalah bahawa kaum India beragama Hindu tidak makan daging lembu.
Bagi sesiapa yang mengambil ikhtiar untuk bertanya, maka biasanya akan diberikan jawapan paling mudah iaitu bahawa lembu dianggap binatang suci dalam agama Hindu.
Alasan sebenar orang India tidak memakan daging lembu adalah berasaskan budaya dan kepercayaan tradisional; bukan berikutan tuntutan agama semata-mata.
Kaum India-Hindu di serata dunia mempercayai bahawa lembu adalah anugerah Tuhan kepada umat manusia, lalu kurniaan istimewa itu perlu dihargai.
Sekadar contoh mudah, apabila melihat anaknya kelaparan, lembu betina akan segera bergegas mendapatkan si anak untuk menyusukannya.
Begitulah dibandingkan dewa-dewi dalam konsep agama Hindu yang datang segera untuk membantu insan yang memerlukan bantuan.
Dalam kepercayaan kaum India, lembu juga dikatakan sama seperti Bumi; dengan erti kata, sanggup menanggung sesiapa sahaja yang bergantung hidup padanya.
Sebab itulah juga lembu dianggap sebagai “ibu” kerana Bumi, ibu dan lembu dikatakan mempunyai persamaan dari segi kesanggupan berkorban dan menanggung derita demi “anak-anak”.
Sekiranya kita berpeluang memperhatikan kehidupan petani dan pesawah kaum India yang masih menggunakan khidmat lembu, maka kita akan lebih memahami sentimen kaum India terhadap haiwan berkenaan.
Sejak zaman dahulu, lembu memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat di Benua Kecil India. Hasil kajian arkeologi menemukan bukti kewujudan Tamadun Harappa dan Mohenjo-daro di Lembah Indus sekitar tahun 2500-1500 SM.
Antara barangan yang ditemui adalah mohor daripada batu yang mempunyai ukiran lembu jantan dan betina. Tentulah binatang berkenaan mempunyai peranan penting dalam kehidupan masyarakat pada waktu itu sehingga diabadikan pada mohor.
Lembu membantu petani dan pesawah untuk membajak. Haiwan itu juga digunakan untuk mengangkut barang serta menarik kereta lembu.
Ringkasnya, lembu merupakan binatang yang amat diperlukan dalam kehidupan seharian masyarakat India tradisional. Kita tidak perlu memiliki ijazah Doktor Falsafah untuk memahami, menyedari dan mengakui hakikat itu.
Hubungan dengan Dewa
Dalam pada itu, bagi orang ramai yang berpeluang membaca teks Sejarah Melayu (Sulalatus Salatin) secara teliti dan mendalam, pasti tahu mengenai individu yang dikatakan lahir daripada muntah seekor lembu dan meneruskan jurai keturunan Melayu yang ada sekarang.
Kalau diteliti dalam teks klasik India yang dinamakan purana iaitu cerita dewa-dewi, akan dijelaskan bahawa bukan hanya manusia bergantung pada lembu. Dewa-dewi sendiri mempunyai hubungan rapat dengan mamalia berkenaan.
Misalnya, Dewa Shiva menjadikan lembu sebagai wahana rasmi. Sekiranya kita berpeluang melawat kuil Dewa Shiva, pasti akan kelihatan patung lembu betina yang dinamakan “nandhi” di kuil berkenaan.
Lembu turut menjadi wahana serta binatang kesayangan Dewa Krishna. Tidak setakat itu, purana menggambarkan Dewa Krishna sebagai pengembala lembu.
Terdapat juga sebuah cerita di mana Dewa Krishna mengangkat Gunung Govardhan semasa hujan lebat supaya para petani, penternak serta lembu mereka boleh berlindung di bawahnya.
Sejak dahulu, petani kaum India merayakan ponggal iaitu pesta menuai selama beberapa hari. Hari kedua pesta menuai ini adalah Maatu Ponggal iaitu perayaan khas bagi lembu peliharaan.
Perayaan Maatu Ponggal adalah tanda terima kasih masyarakat India kepada lembu yang amat berguna dalam kehidupan seharian.
Lembu dimandikan dan dibersihkan. Tanduk disapu cat pelbagai warna dan loceng baru dipasang pada leher. Lembu yang diraikan diberi makan nasi manis yang dimasak khas untuknya.
Keluarga petani dan penternak berbuat demikian sebagai tanda terhutang budi dan mengucapkan terima kasih kepada haiwan berkenaan.
Lembu sesungguhnya memberi sumbangan besar kepada keluarga si penternak. Lembu jantan biasanya membantu membajak serta mengangkut barang. Lembu betina pula membekalkan susu yang amat diperlukan untuk diminum, dijadikan susu masam atau dijadikan minyak sapi.
Lembu turut membekalkan tahi yang dijadikan baja organik. Di India, tahi lembu juga dijadikan bahan bakar selepas dikeringkan; termasuk sebagai bahan bakar apabila jenazah dibakar mengikut adat Hindu.
Kajian saintifik membuktikan bahawa tahi lembu mempunyai kandungan bahan kimia yang mampu menghalau serangga perosak dan membunuh kuman.
Amalan tradisi itu ada saya selitkan pada perenggan pertama cerpen “Doa Tahun Baru” (Siru Kambam, 1996) sebagai usaha awal menggambarkan budaya kaum India dalam karya Bahasa Malaysia.
Mungkin orang ramai sedia maklum mengenai Dewi Lakshmi dalam konsep budaya India dan agama Hindu. Tambahan pula, ramai yang suka menonton filem Tamil dan Hindi.
Komatha
Dewi berkenaan dianggap sebagai sumber kekayaan. Namun, tidak ramai – termasuk kaum India beragama Hindu – yang tahu bahawa Dewi Lakshmi dikatakan menghuni tahi lembu.
Mitos dan purana ini sebenarnya bertujuan menunjukkan bagaimana “kekayaan” (Dewi Lakshmi) terdapat juga pada tahi lembu yang mungkin dianggap sebagai bahan buangan yang tidak berguna.
Air kencing lembu turut terbukti secara saintifik mengandungi bahan yang mampu mengubati beberapa penyakit kulit serta bertindak sebagai bahan antiseptik.
Kelebihan ini ternyata sudah diketahui masyarakat India sejak sekitar tahun 2500 SM! Air kencing lembu biasanya direnjis pada lantai rumah untuk membersihkannya daripada kuman.
Tahi lembu yang dikeringkan pula sering dibakar dan asapnya dibiarkan memenuhi rumah kediaman. Langkah ini bagi membersihkan udara di dalam rumah daripada bakteria.
Selain itu, khasiat susu lembu adalah suatu hakikat yang sudah diketahui umum. Secara tradisi, keluarga dalam masyarakat India bergantung pada susu yang dibekalkan oleh lembu peliharaan keluarga mereka.
Susu lembu menjadi minuman sejak bayi. Maka itulah lembu yang membekalkan susu tadi dianggap sebagai “ibu susu” bagi anak-anak dalam keluarga berkenaan. Konsep ini sama sahaja dengan konsep “ibu susu” yang terdapat dalam budaya kaum/agama lain di seluruh dunia.
Itulah juga antara sebab utama mengapa masyarakat India menganggap lembu peliharaan sebagai sebahagian daripada ahli keluarga berkenaan.
Malah, lembu digelar “komatha” iaitu gelaran sama seperti “ibu”. Sejak kecil, anak-anak dididik supaya menyayangi serta menghormati lembu yang dipelihara sebagai sebahagian daripada ahli keluarga.
Lembu juga menjadi simbol kemakmuran, kekayaan dan kebahagiaan. Apabila seseorang membeli – atau membina – sebuah rumah baru, maka tuan rumah akan mengadakan upacara sembahyang khas.
Pada upacara berkenaan, seekor lembu betina akan dibawa masuk ke dalam rumah. Lembu itu akan dibawa ke setiap bilik dan ruang yang terdapat di rumah berkenaan.
Malah, jika rumah itu merupakan rumah dua atau tiga tingkat, lembu berkenaan akan dibawa menaiki tangga!
Tindakan ini dianggap sebagai mengundang Dewi Lakshmi (“kekayaan” dan “kemakmuran”) bertandang ke rumah. Malah, tuan rumah dikatakan amat bertuah sekiranya lembu itu kencing atau berak semasa berada di dalam rumah berkenaan.
Demikianlah lembu yang pendiam diberi kedudukan yang amat mulia dalam budaya kaum India sejak dahulu. Atas dasar itulah juga kaum India-Hindu tidak menyakiti, menganiaya, membunuh – apatah lagi makan! – lembu hingga kini.
Mahatma Gandhi sendiri beranggapan bahawa lembu adalah wakil bagi manusia memahami dunia binatang yang bisu. Menurut beliau, walaupun “bisu” dan tidak mampu berkata-kata, lembu mampu berkomunikasi bersama manusia melalui pergerakan matanya yang besar dan bulat.
Apa yang pasti, kaum India-Hindu di seluruh dunia amat menghargai jasa lembu. Walaupun tidak ramai petani/penternak kaum India yang masih memelihara lembu, amalan yang mendarah-daging sejak hampir 4,500 tahun lalu tentu sahaja sukar dilupakan.
Mungkin ada individu kaum India (khususnya yang tidak mengamalkan ajaran agama Hindu) yang makan daging lembu tetapi itu adalah kes terpencil yang tidak mewakili masyarakat India secara keseluruhan.

ha kita tau la kenapa setengah agama tu kenapa diaorang tak makan ini tak makan itu. ada sebab kenapa dan kita kene respect la culture and kepercayaan diaorang tu kan. jangan la simply kata mengada2 tak makan daging la apa lah.

p/s: ahaa aku teringat pernah sekali tu bro burger sebelah rumah aku kene marah dengan aci indian ni sebab tersilap bagi dia daging lembu.nak kesian kat bro burger ke nak kesian kat aci indian tu sebab termakan daging tu? ermm  ƪ(´~`")∫ 
tapi masa tu tak tau kenapa aku tergelakkan bro tu, mungkin dia tak faham kenapa dia kena marah atauuuu

*mungkin dia kene baca blog aku. ngaaa  ( ‾▿‾)-c<´o`)

terima kasih sebab baca semoga dapat pape input.insyaAllah :) nah lembu comel 

mooooo *bunyi comel*

references:





Thursday 7 November 2013

sihat? healthy? 健康? صحي? 건강한? 健康?

سم الله الرحمن الرحيم
assalamualaikum :)

haa entah kenapa mood aku minggu ni minggu buah-buahan.aku pergi pasar rabu lepas mcm2 buah aku beli.ahaa :D

certain orang ada macam malas nak makan buah or kurang ada masa nak makan buah or memang tak suka buah or or or whatsoever.

tapi hakikatnya buah-buahan tu lah paling the best sekali selain daripada sayur even dia ada gula sikit tapi kita kene pandai la control and manage nak makan buah tu. kalau ikut recommended intake nya buah-buahan ni kita digalakkan ambil dalam 2 -3 kali setiap hari. intake of fruits straight away will help our digestive system :)

ni aku ada nak share a few ideas dalam bentuk gambar on how we want to serve fruits as a healthy snack :D

hope dapat apa2 input daripada ni :)

p/s: ohh rojak sangat bahasa aku.aku baru perasan :(

references :

terlalu banyak sumbernya.tapi papepun bendanya mr google banyak bantu :) thanks la siapa cipta google ni.

Sunday 3 November 2013

tambah berat? gain weight? زيادة الوزن? 体重增加? 체중 증가?

muhahahaha 
سم الله الرحمن الرحيم
assalamualaikum :)

ha ni lah antara masalah kawan2 aku. yang gemuk, nak kurus. yang kurus, nak gemuk. yelah siapa tak nak badan cantik kan? nak benda best kene usaha la en. *tapi jangan la tanya 'laila cemana nak kurus?'* oh my,aku pun dalam usaha nk kurus ni. okey good luck la kepada aku (ˆ⌣ˆ)ง 

kalau aku berjaya aku btau korang eh? :D 

tu aku kata makan protein tu bukan la aku suruh korang makan ayam or ikan hari2. hahaa protein yang aku maksudkan tu macam supplemen laa. selalu abang abang iklan pembunuh nyamuk tu makan la protein and dorang pergi gym utk work out. tu yang dorang boleh bunuh nyamuk tu

kau tak kenal abang ni, serious kesian kat kau sebab tak tengok tv :b



aku dietitian, aku bukan tak boleh bagi korang makan supplemen tapi depends on condition lah.kalau keadaan masa tu patient aku memerlukan supplemen atas nasihat doctor maka aku haruslah benar kan. ekekeke *bajet pulak*

ha ni aku nk share la sikit tips nak gemukkan badan ni. ni aku dapat dari kevin zahri's blog. dia ni hebat gila aku mmg suka cara dia bagi tips2. paling best ayat dia 'hidup ni perlu nikmat' . gaya dia cakap and bagi tips sgt tak stress. syok la tgk dia punya program JOM KURUS tu, rasa mcm kalau org gemuk tu memang possible gila nk kurus tapi yang penting kene usaha la kan :) 

 okey sila la baca  (ˆ⌣ˆ)ノ

tambah berat? gain weight? زيادة الوزن? 体重增加? 체중 증가?

  1. Tambah kalori! Nak tak nak anda mesti wujudkan surplus kalori untuk menambah berat badan. Kalau tidak, macamana badan ingin membesar? Pastikan pengambilan kalori seharian anda melebihi pembakaran.
  2. Jangan makan makanan merepek. Walaupun anda perlu tambah kalori, itu tidak bermakna anda boleh belasah segala kuih, manis-manisan dan lain-lain. Walaupun makan banyak, pastikan ia diet yang seimbang dari segi nisbah karbohidrat:protein:lemak. Apa nisbah yang sesuai? 55:30:15 memang bagus.
  3. Protein itu penting. Protein adalah building blocks otot anda. Jadi jangan abaikan pengambilannya sepanjang diet anda. Daripada langkah #2, jumlah pengambilan protein adalah dalam 30 peratus. Jadi kalau pengambilan kalori anda 2,500kcal sehari, 750kcal atau 187g.
  4. Makan selalu! Jangan makan 3 kali sehari kerana 1) sukar untuk memenuhi keperluan kalori (katakan 2,500kcal) dengan tiga hidangan. Paling kurang, makanlah 5x sehari – jadi pengambilan sekali makan (i.e 2,500 / 5 = 500 kcal) lebih praktikal. Lagi kerap lagi bagus.
  5. Wajib wajib wajib Bersenam! Makan semata-mata tak boleh. Suplemen itu pun kira makanan. Untuk badan gunakan surplus kalori daripada langkah #1, badan perlu ada sebab atau pemangkin. Di sinilah peranan senaman. Tapi senaman apa? Angkat berat atau senaman yang ada rintangan.
  6. Suplemen? Yes makanan tambahan membantu tapi kena pandai pilih. Weight gainer (baca artikel ini untuk info tambahan) bantu tambah kalori untuk memudahkan anda capai surplus kalori tapi tanpa pemakanan am dan senaman weight training suplemen weight gainer pun tak ke mana. Suplemen lain yang juga dapat bantu adalah creatine. Apa fungsinya? Membesarkan sel-sel dengan air dan menambah tenaga untuk senaman.Intensiti tinggi! Kalau dah bersenam dengan bebanan, pastikan intensiti tu tinggi. barulah ada perangsang untuk otot membesar. Pernah dengar isilah “no pain no gain”? Pastikan andapush diri anda pada setiap sessi senaman. Bukan mudah tapi itulah caranya.

ha insyaAllah lepas ni takde dah masalah orang kurus tu nak gemukkan badan, cuma korang kene pandai cari jalan la kan? macam aku jugak, aku nk kurus aku kene la jaga badan. kang kalau aku gemuk, patient tak nak percaya cakap aku T.T


terima kasih sebab baca semoga dapat pape input.insyaAllah :) nah abang gantang 


miowwww (ʃƪ˘▿˘)♥

references:

Saturday 2 November 2013

kencing manis? diabetes? 당뇨병? مرض السكري? 糖尿病?

سم الله الرحمن الرحيم
assalamualaikum :)

ha hari tu masa after raya hari tu mak aku buat la medical checkup. check check ha amik ko gula mak aku naik gila, iyaa mak aku kene diabetes. sian dia, tu lah mama time raya tak nak control makan.  
muahahahaa (^O^) 

takdelah bukan nk gelakkan mak aku tapi serious before ni mak aku bukan lah seorang diabetic patient tapi disebabkan masa raya hari tu dia tak jaga makan kot *biasalah raya kan,lepas puasa kan macam2 benda la nk makan* 

time tu kesian la mak aku. tapi mak aku tabah orangnya. lepas dia tau dia diabetes, dia terus jaga makan, terus selalu pergi swimming, pergi taichi dan sebagainya. so sebenarnya aku nak cerita pasal DIABETES. 
eh korang tau ke diabetes tu apa? ha bahasa melayu nya KENCING MANIS 
kalau tak tau kencing manis tu apa ermmm entah aku tak tau la korang datang dari planet mana sbb benda ni terlalu common kt dunia ni.

insyaAllah mungkin post lepas ni aku akan cerita pakai sakit jantung dgn darah tinggi. yelah 3 beradik ni mmg common disease kat malaysia ni kan, okey sila la baca  (ˆ⌣ˆ)ノ


kencing manis? diabetes? 당뇨병? مرض السكري? 糖尿病?

What Is Diabetes? Diabetes occurs when your body can no longer handle glucose the way it's supposed to do. Glucose is a simple sugar that is the basic fuel of the body. Foods that supply glucose include fruits, vegetables and carbohydrates. The body's digestive system converts these nutrients into glucose, which is absorbed into the blood stream and transported to the body's cells. But to get the glucose into your body's cells, you need insulin. Unfortunately, sometimes the body either stops producing insulin (type 1 diabetes) or can't produce enough (type 2 diabetes). The result? Not enough insulin, so glucose stays in your bloodstream, without getting into the cells where it can function.

Is Diabetes Bad?
 When blood sugar is high, it causes other systems to malfunction. Diabetes doubles your risk of heart disease and heart attack; you're also apt to experience complications following a heart attack (heart failure, angina). There's also an increased risk of stroke, neuropathy (painful nerve dysfunction), vision changes and even erectile dysfunction.

Get tips for managing diabetes from the American Diabetes Association
Why Do People Get Type 2 Diabetes? The disease is caused when your body becomes "resistant" to insulin, so it has to produce more and more -- and eventually, it's unable to produce enough. The most common causes of this are genetics, obesity and level of activity. For instance, a sedentary person who has a BMI (Body Mass Index) greater than 25 has over a 50% chance of developing type 2 diabetes. Contrast that to someone sedentary with a BMI less than 24 -- their chance is around 12%.

What Should You Do If You've Been Diagnosed with Type 2 Diabetes?
 Often, my patients view this as a health "sentence" -- their parents had it, they're going to have it. Not so! Unlike type 1 diabetes, for which we have no "cure" (people with type 1 diabetes have to take insulin their entire lives), research has shown that changing your lifestyle can significantly impact your diabetes -- even to the point that you can stop taking diabetes medication altogether. Two main ways to beat diabetes are:

Talk to your doctor about diabetes
Weight Loss: If you're overweight, not only does shedding extra pounds reduce your risk of diabetes, it also impacts cholesterol, high blood pressure and your overall risk of heart disease. The key is to be realistic -- don't try to drop 30 pounds immediately! In one study, a weight loss of just 7% of body weight reduced the rate of diabetes onset by 58%.

Exercise:
 If you're more couch potato than gym rat, consider becoming more active to find a happy medium. A combination of both cardio and strength training and (those little bursts of high intensity seem to be especially beneficial) has been shown to reduce blood glucose levels. The key? Exercise should be at least 150 minutes of moderate-intensity aerobic exercise per week to see the greatest benefit. What's moderate intensity? You're working hard enough that you can talk, but not sing, during your aerobic workout, which could be as simple as brisk walking if you're just starting out.

How Can I Prevent Diabetes?
 The same treatments that can treat it (diet, exercise) can prevent diabetes in the first place. In one study of diabetes prevention, researchers had to stop the study early, since prediabetic patients that modified their lifestyle (through diet changes and reaching a 7% weight loss goal) cut their risk of developing diabetes in half. Diabetes is one area in which we know that weight loss, diet and exercise changes make a difference. Don't view diabetes as inevitable, or a death sentence -- as I tell every one of my patients that seems resigned to the diagnosis -- we can change this diagnosis. So, take charge, and let's give diabetes the boot.


so insyaAllah dgn perkongsian ni lepas ni kita jaga la makan sama2 ye. bukan apa badan ni Allah anugerahkan so apakata kita jaga betul2 tanda kita syukur? :)

terima kasih sebab baca semoga dapat pape input.insyaAllah :) nah ni la mak aku yang cantik tu <3 


muka je garang tapi hati lembut macam snow white <3






references: