Sunday, 3 November 2013

tambah berat? gain weight? زيادة الوزن? 体重增加? 체중 증가?

muhahahaha 
سم الله الرحمن الرحيم
assalamualaikum :)

ha ni lah antara masalah kawan2 aku. yang gemuk, nak kurus. yang kurus, nak gemuk. yelah siapa tak nak badan cantik kan? nak benda best kene usaha la en. *tapi jangan la tanya 'laila cemana nak kurus?'* oh my,aku pun dalam usaha nk kurus ni. okey good luck la kepada aku (ˆ⌣ˆ)ง 

kalau aku berjaya aku btau korang eh? :D 

tu aku kata makan protein tu bukan la aku suruh korang makan ayam or ikan hari2. hahaa protein yang aku maksudkan tu macam supplemen laa. selalu abang abang iklan pembunuh nyamuk tu makan la protein and dorang pergi gym utk work out. tu yang dorang boleh bunuh nyamuk tu

kau tak kenal abang ni, serious kesian kat kau sebab tak tengok tv :b



aku dietitian, aku bukan tak boleh bagi korang makan supplemen tapi depends on condition lah.kalau keadaan masa tu patient aku memerlukan supplemen atas nasihat doctor maka aku haruslah benar kan. ekekeke *bajet pulak*

ha ni aku nk share la sikit tips nak gemukkan badan ni. ni aku dapat dari kevin zahri's blog. dia ni hebat gila aku mmg suka cara dia bagi tips2. paling best ayat dia 'hidup ni perlu nikmat' . gaya dia cakap and bagi tips sgt tak stress. syok la tgk dia punya program JOM KURUS tu, rasa mcm kalau org gemuk tu memang possible gila nk kurus tapi yang penting kene usaha la kan :) 

 okey sila la baca  (ˆ⌣ˆ)ノ

tambah berat? gain weight? زيادة الوزن? 体重增加? 체중 증가?

  1. Tambah kalori! Nak tak nak anda mesti wujudkan surplus kalori untuk menambah berat badan. Kalau tidak, macamana badan ingin membesar? Pastikan pengambilan kalori seharian anda melebihi pembakaran.
  2. Jangan makan makanan merepek. Walaupun anda perlu tambah kalori, itu tidak bermakna anda boleh belasah segala kuih, manis-manisan dan lain-lain. Walaupun makan banyak, pastikan ia diet yang seimbang dari segi nisbah karbohidrat:protein:lemak. Apa nisbah yang sesuai? 55:30:15 memang bagus.
  3. Protein itu penting. Protein adalah building blocks otot anda. Jadi jangan abaikan pengambilannya sepanjang diet anda. Daripada langkah #2, jumlah pengambilan protein adalah dalam 30 peratus. Jadi kalau pengambilan kalori anda 2,500kcal sehari, 750kcal atau 187g.
  4. Makan selalu! Jangan makan 3 kali sehari kerana 1) sukar untuk memenuhi keperluan kalori (katakan 2,500kcal) dengan tiga hidangan. Paling kurang, makanlah 5x sehari – jadi pengambilan sekali makan (i.e 2,500 / 5 = 500 kcal) lebih praktikal. Lagi kerap lagi bagus.
  5. Wajib wajib wajib Bersenam! Makan semata-mata tak boleh. Suplemen itu pun kira makanan. Untuk badan gunakan surplus kalori daripada langkah #1, badan perlu ada sebab atau pemangkin. Di sinilah peranan senaman. Tapi senaman apa? Angkat berat atau senaman yang ada rintangan.
  6. Suplemen? Yes makanan tambahan membantu tapi kena pandai pilih. Weight gainer (baca artikel ini untuk info tambahan) bantu tambah kalori untuk memudahkan anda capai surplus kalori tapi tanpa pemakanan am dan senaman weight training suplemen weight gainer pun tak ke mana. Suplemen lain yang juga dapat bantu adalah creatine. Apa fungsinya? Membesarkan sel-sel dengan air dan menambah tenaga untuk senaman.Intensiti tinggi! Kalau dah bersenam dengan bebanan, pastikan intensiti tu tinggi. barulah ada perangsang untuk otot membesar. Pernah dengar isilah “no pain no gain”? Pastikan andapush diri anda pada setiap sessi senaman. Bukan mudah tapi itulah caranya.

ha insyaAllah lepas ni takde dah masalah orang kurus tu nak gemukkan badan, cuma korang kene pandai cari jalan la kan? macam aku jugak, aku nk kurus aku kene la jaga badan. kang kalau aku gemuk, patient tak nak percaya cakap aku T.T


terima kasih sebab baca semoga dapat pape input.insyaAllah :) nah abang gantang 


miowwww (ʃƪ˘▿˘)♥

references:

No comments:

Post a Comment